Wednesday 11 April 2012

LATIHAN 5 - KARANGAN JENIS SYARAHAN


Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu.
Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan syrahan kamu itu.

Contoh Penulisan …

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru -guru dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Menjaga Alam Sekitar.

Hadirin hadirat sekalian,
Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar. Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap -asap kotor daripada kenderaan dan kilangkilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara -perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.

Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.
Sekian, terima kasih

LATIHAN 4- TATABAHASA


Berikan perkataan yang seerti/seiras maknanya dengan perkataan
yang bergaris bawah. 

1. Ahmad memakai sepatu berwarna hijau. 
A.    selipar
B.      stokin
C.    kasut
D.     singlet 

2. Pemandangan di kampung itu sangat indah. 
A.    cantik
B.      bersih
C.    segar
D.     mewah

3. Aminah berasa sangat gembira kerana dapat melihat rumah barunya. 
A.      harum
B.    riang
C.     sukar
E.      keruh

4."Budak itu bukan musuh saya," kata Osman kepada Lutfi. 
A.    jahat
B.      kembar
C.    penjenayah
D.     seteru

5. Zhilan menerima surat daripada ibunya di kampung
A.    bandar
B.      pejabat
C.    desa
D.     utara

LATIHAN 3- MELENGKAPKAN


Isikan imbuhan yang sesuai bagi setiap perkataan yang diberi. Tulis jawapan itu di dalam ruangan yang disediakan.

            Kita (perlu).......................... makanan yang seimbang. Jika kita tidak (amal) ........................ makanan yang seimbang, kesihatan kita akan (jejas)...................... Apa yang dimaksudkan sebagai makanan yang seimbang ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan susu. Makanan-makanan ini (kandung) ...................... vitamin yang dapat membantu tubuh badan kita untuk (besar) ........................... 

Isikan tempat kosong ini dengan sepatah perkataan yang sesuai.

Pada suatu malam, sedang saya.......................... televisyen bersama keluarga, tiba-tiba....................... rumah kami diketuk. Saya melihat keluar menerusi corong pintu dan ternampak seorang pemuda sedang berdiri. Saya membuka.......................... pintu. Pemuda itu kelihatan agak gementar. Pemuda itu memberitahu saya bahawa dia telah........................... kemalangan jalan raya. Kaki.........................  cedera. Bapa membantu orang itu manakala saya menelefon ambulans.

LATIHAN 2- KARANGAN AUTOBIOGRAFI


AKU SEBUAH JAM
A. Baca dan fahamkan petikan di bawah ini.
Aku berasal dari Osaka, Jepun. Aku bernama Seiko. Aku dilahirkan di sebuah kilang. Aku menemui rakan-rakan yang sebaya denganku di sini. Setelah beberapa hari aku dilahirkan , aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Rakan-rakanku yang lain dimasukkan ke dalam kotak yang lain. Maka berpisahlah aku dengan rakan-rakanku. Aku dan rakan-rakanku dihantar ke pelabuhan dengan sebuah van. Kami akan dihantar ke sebuah negara yang bernama Malaysia. Setelah sekian lama, kami pun sampai di Pelabuhan Kelang, Malaysia. Dari pelabuhan itu, kami telah dihantar ke sebuah kedai jam. Aku dan kawan-kawanku dipamerkan di kedai itu dalam sebuah almari kaca. Orang ramai yang lalu di kedai itu melihat-lihat kami.
Setelah beberapa hari, datanglah seorang lelaki dan anaknya. Lelaki itu hendak membeli jam sebagai hadiah hari jadi anaknya. Anak lelakinya tertarik dengan dua belah tanganku yang cantik. Dia juga suka melihat mukaku yang berwarna hitam. Begitu juga dengan dua belas mataku yang terukir unik. Bapanya bersetuju membeli aku.
Mulai hari itu, budak lelaki itu menjadi tuan aku. Dia membawa aku ke mana-mana sahaja. Rakan-rakannya di sekolah juga tertarik dengan rekaanku yang unik. Tuan aku ini lasak orangnya. Dia membawa aku semasa bermain bola di padang. Semasa dia mendaki gunung, aku turut dibawa. Kadang-kadang badanku tercalar. Aku terasa amat sakit. Tuan aku tidak pernah merawat calar-calar yang terdapat pada badanku. Mujurlah keduadua tanganku masih boleh bergerak dengan baik. Mukaku juga pernah dimasuki air ketika aku dibawa mandi dalam air masin.
Suatu hari, tuan aku pergi mendaki gunung lagi. Dia tidak menyedari yang tali pada badanku telah hampir putus. Sedang dia mendaki gunung, tiba-tiba aku terlepas dari tangannya. Aku terjatuh ke dalam gaung dan terhempas di atas batu. Badanku pecah dan hampir berderai. Kedua-dua tanganku pergi entah ke mana. Tuan aku hanya memandang ke bawah. Dia sedikit pun tidak mempedulikan aku. Dia terus mendaki gunung. Lalu berakhirlah riwayatku sebagai sebuah jam tangan.
B. Beri maksud perkataan-perkataan berikut :
1. Berasal 4. Rekaan
2. Berpisah 5. Tercalar
3. Tertarik 6. Merawat
C. Jawab soalan-soalan pemahaman di bawah berdasarkan petikan
yang diberikan.
1. Apakah yang terjadi sebelum `akuberpisah dengan kawankawannya
semasa di kilang ?
2. Ke manakah jam tangan dihantar setelah sampai di
Pelabuhan Kelang ?
3. Bagaimanakah rupa jam tangan itu ?
4. Bagaimanakah sikap tuan punya jam tangan ?
5. Bagaimanakah berakhirnya riwayat jam tangan itu ?

LATIHAN 1-SOALAN KEFAHAMAN


USAHA TANGGA KEJAYAAN
A. Baca petikan cerita di bawah ini.
Amin dan keluarganya tinggal di Kuala Krai, Kelantan. Mereka hidup bahagia walaupun ayahnya seorang penoreh getah. Amin sungguh bersimpati terhadap ayahnya kerana bekerja kuat untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pagi-pagi lagi ayahnya telah bangun. Berbekalkan sebuku roti dan setabung air kopi, dia menuju ke kebun getah.
Kira-kira pukul dua belas tengah hari, bapanya selesai menoreh getah. Di sebelah petang pula ayahnya turun ke sawah padi. Begitulah kerja-kerja yang dilakukan oleh ayah Amin.
Amin berazam untuk mengubah nasib keluarganya. Dia tidak pernah ponteng sekolah. Di sekolah dia belajar bersungguh-sungguh. Di sebelah petang, setelah selesai belajar di sekolah agama, dia mengulangkaji pelajarannya.
Dengan usaha dan kerajinannya, dia selalu mendapat markah yang tinggi dalam ujian yang diduduki. Guru-guru Amin selalu memujinya kerana kecemerlangannya dalam pelajaran. Selain maju dalam bidang pelajaran, Amin juga aktif dalam bidang sukan. Dia mewakili pasukan bola sepak dan juga hoki sekolahnya. Amin telah dua kali dianugerahkan sebagai olahragawan sekolahnya. Dengan kerajinan dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh Amin, tidak hairanlah pada suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya.
B. Beri maksud perkataan-perkataan berikut.
1. bahagia =.....................................
2. kira-kira = .....................................
3. mengubah =................................
4. diduduki =....................................
5. berjaya =......................................
C. Jawab soalan pemahaman di bawah berdasarkan petikan yang
diberi.
1. Mengapakah bapa Amin bekerja keras setiap hari ?
2. Bagaimanakah kehidupan keluarga Amin?
3. Mengapakah Amin belajar dengan bersungguh-sungguh ?
4. Apakah pekerjaan yang dilakukan oleh bapa Amin ?
5. Mengapakah Amin selalu mendapat pujian daripada
gurunya ?
D. Berdasarkan cerita di atas, catatkan empat isi utama.
1. _____________________________________________________________
2. _____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
4. _____________________________________________________________
E. Senaraikan empat nilai murni yang terdapat dalam petikan yang
diberi.
1. _____________________________________________________________
2. _____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
4. _____________________________________________________________
F. Jika anda ialah rakan Amin, bolehkah anda membantunya ?
Nyatakan empat perkara yang boleh anda buat.
1. _____________________________________________________________
2. _____________________________________________________________
3. _____________________________________________________________
4. _____________________________________________________________

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar telah dibuka pada 1 Disember 1993. Pembukaan sekolah ini pada awalnya adalah bertujuan menampung peningkatan pelajar di sekitar kawasan Senawang berikutan pembukaan taman – taman perumahan baru di sekitarnya. Antara taman – taman tersebut adalah Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Jaya dan Taman Tuanku Najihah.

Sebelum mempunyai bangunan sendiri, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar pada awalnya beroperasi secara menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Senawang sehingga 26 Jun 1994. Pada tanggal 27 Jun 11994 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar berpindah ke tapak sekarang iaitu di Taman Sri Mawar. Dengan mempunyai bangunan dan kemudahan sendiri maka pengurusan serta proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih teratur.
Tanggal 26 Mac 1994, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) telah ditubuhkan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Shamsul Bahari. Bermula dari sini maka Sekolah Kebangsaan

Taman Sri Mawar telah mengorak langkah lebih jauh dengan perasmian Makmal komputernya iaitu mawar.com pada 24 Mac 2005 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Isa B. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.
Seperti sekolah – sekolah lain, Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar juga di lengkapi dengan makmal sains, bengkel Kemahiran Hidup, surau, bilik rawatan pergigian dan kesihatan dan Bilik Pemulihan Khas yang lebih dikenali dengan Kelas Maju. Di samping itu juga sekolah ini mempunyai Kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ( 2001 ) dan mulai 2005 sekolah ini juga telah mempunyai 2 buah Kelas Prasekolah bagi kemudahan penduduk setempat.

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar juga telah menumpangkan 2 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar ( 1998 – 2001 ) dan Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya ( Jan 2004 – Julai 2004 ). Dengan pembinaan kedua – dua buah sekolah itu, maka jumlah murid bagi sekolah ini telah semakin berkurangan.