Wednesday 11 April 2012

LATIHAN 5 - KARANGAN JENIS SYARAHAN


Kamu telah menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Hijau yang telah diadakan di sekolah kamu.
Tajuk syarahan kamu ialah Menjaga Alam Sekitar. Tuliskan syrahan kamu itu.

Contoh Penulisan …

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana , guru -guru dan rakan-rakan
sekalian. Tajuk syarahan saya ialah Menjaga Alam Sekitar.

Hadirin hadirat sekalian,
Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam sekitar kita semakin tercemar. Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap -asap kotor daripada kenderaan dan kilangkilang, sampah sarap yang sukar dihapuskan seperti longgokkan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah dan bangkai binatang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perkara -perkara yang boleh mencemarkannya. Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan menjaga kebersihan alam sekitar.

Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.
Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment